cempedak
Cempedak Pengelasan saintifik Alam: Plantae Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Rosales Keluarga: Moraceae Tribe: Artocarpeae Genus: Artocarpus Spesies: A. integer Nama binomial Artocarpus integer Spreng. Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia , Brunei , Indonesia , dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan. [1] Pokok Cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapa...

Komentar
Posting Komentar